Lama betul aku tak main bowling. Rasa paling akhir aku main masa Raya Aidilfitri yang lepas. Tak tahu la apasal tiba - tiba je takde mood nak main. Mungkin pasal tengah sesak kot. Duit pun asyik cukup - cukup nak makan je.
Bola bowling pun ada dalam kereta je, tak keluar-keluar. Orang kata kalau letak dalam kereta lama-lama nanti retak bola tu. Tapi aku memang malas gila nak kelurkan bola tu.
Rasa nanti aku kena cari cara untuk aktifkan balik diri aku dalam bowling ni. Taknak la nanti orang kata aku hangat-hangat tahi ayam je. Beli bola bowling bukan main, tapi lepas tu takde pun nak pergi main.
Rabu, 16 November 2011
INTERMISSION
Sabtu, 20 Ogos 2011
CHRIS BARNES 2
Rabu, 10 Ogos 2011
BOLA BARU HAMMER: EPIDEMIC (AKAN KELUAR 18/8/2011)
Attributes
STYLE: 0 29744-984xx
COLOR: Full Spectrum
COVERSTOCK: Level 5 Reactive™ Pearl
CORE: Biohazard Core
FACTORY FINISH: 800/1000/2000/2000 w/ PowerHouse™ Factory Finish Polish
AVAILABLE WEIGHTS: 12 - 16 LBS
BEST LANE CONDITION: Medium Oil
RG / DIFFERENTIAL
#12 RG (2.60) Diff (.039)
#13 RG (2.53) Diff (.055)
#14 RG (2.51) Diff (.052)
#15 RG (2.53) Diff (.050)
#16 RG (2.53) Diff (.045
Ahad, 7 Ogos 2011
BOLA BARU COLUMBIA 300: RANSOM DEMAND (AKAN KELUAR 18/8/2011)
Khamis, 28 Julai 2011
MINGGU 5, JULAI
Hari Rabu minggu ni la baru sempat nak pergi main bowling. Kali ni masih lagi main di Kajang, 4 orang, 3 game setiap seorang. Skor yang aku dapat – 83, 130 dan 145. Menang 2 dari 3 game.
Stepping aku dah takde masalah lagi. Dah secara automatik, boleh slidekan kaki. Tinggal sikit lagi untuk baiki kaki kanan boleh pergi ke belakang kaki kiri pada langkah akhir.
Tangan dah sedap. Hayun dah laju dan dah makin tepat. Mata nak kena fokus pandang ke salah satu dari papan yang ada depan dan ke kanan sikit dari titik tengah. Bila aku buat macam tu, bola dah makin lari ke kanan. Masih lagi belum masuk pocket tapi kalu terbuat overhook pun tak jadi masalah.
Khamis, 7 Julai 2011
BERHANTU
Main bowling ni memang berhantu. Masa aku mula – mula ajak budak rumah aku main bowling, aku cuma ingat main sikit – sikit je. Sekali, lepas dia orang dah syok main, ambik kau. Semua beli bola bowling sendiri dan tiap – tiap hari Selasa memang dah jadi hari untuk main bowling.
Aku yang dah mula 3 tahun lepas belum ada bola sendiri lagi, korang pulak dah bising nak beli bola sendiri. Ni memang tak boleh jadi. Jadi aku pun angkat bola Hammer Backlash, sorang lagi ambik Brunswick Slingshot dan sorang lagi pakai Whitedot.
Sekarang ni pulak dah mula bising – bising nak masuk 9 Pin Tournament pulak. Korang memang cita – cita besar, tapi takpe. Kalau korang masuk, aku pun masuk sekali. Biar la kalau kalah sekalipun, kurang – kurang ada la jugak aktiviti bersama kita.
Mana la tau ada antara kita yang boleh menang tempat pertama, boleh la belanja makan, bagus gak tu. Alang – alang dah masuk 9 Pin Tournament, aku cadangkan untuk masuk sekali 369 Tournament. Dua tu pun tournament untuk orang – orang baru. Kena la dengan status kita sekarang ni.
Jumaat, 1 Julai 2011
MINGGU 5, JUN
Kali ni aku main bowling kat kajang. Main 3 orang , 3 game sorang dan aku cuma dapat menang 1 game saja. Skor aku untuk 3 game, 100, 153 dan 118 dengan purata = 123.
Sepatutnya game ke 3 tu pun aku boleh menang tapi pasal tempat tu ada pertandingan dan kitaorang kena cepatkan game, itulah jadinya. Frame 10 aku cuma kena dapat strike atau spare je, balingan pertama dah jatuh 9, bila baling untuk spare boleh pulak tak kena. sakit pinggang aku dibuatnya main laju – laju ni.
Cara baling 5 langkah aku dah makin menjadi. Aku sendiri pun rasa dah ada form dia. Gempak jugak. Sekarang cuma nak kena berlatih bola spare je. Rasa kena beli jugak bola spare sebiji ni.
Isnin, 27 Jun 2011
MINGGU 4, JUN
Tempat ni punyalah licin pasal banyak minyak sampai aku rasa bola aku tak hooking langsung. Masa mula main, aku pakai 5 step dan rasa berterabur jugak. Tapi lepas berapa kali baling, aku dah boleh baling dengan tak fikir lagi pasal step aku, lantak la. Menjadi jugak.
Aku baling bola tengah sikit dengan hala ke arah kanan sikit je. Pasal lane tu licin, dia tak lari jauh sangat dan hooking betul – betul ke tengah.
Selasa, 21 Jun 2011
BOLA BARU COLUMBIA: ERUPTION (AKAN KELUAR 23/6/2011)
REACTION: Skid / Strong Arc
VENEER: New Era Skid Flip
SURFACE: 800, 1000, 2000, PowerHouse™ Factory Finish
CORE: Resurgence
WEIGHTS: 12 - 16 LBS
RG / DIFFERENTIAL:
16# RG 2.47 Diff .040
15# RG 2.46 Diff .043
14# RG 2.50 Diff .038
Khamis, 9 Jun 2011
PANDUAN DI LANE BOWLING
Mula dengan memasukkan nama – nama pemain. Boleh guna nama yang gempak tapi pastikan setiap pemain tahu nama masing – masing.
Gunakan skrin yang disediakan untuk memasukkan nama dan memulakan permainan.
Sekiranya ini adalah kali pertama anda bermain bowling, boleh minta pertolongan pekerja untuk memasukkan nama pada skrin lane atau meminta dimasukkan nama terus semasa pembayaran di kaunter.
Selasa, 7 Jun 2011
MINGGU 2, JUN
Malam semalam main 3 game lagi dengan jumlah peserta 3 orang. Kali ni pun game aku hancur jugak, tapi kali ni memang aku tak kisah. Aku cuba buat 5 stepping semalam. Sambil nak baling bola pun siap kira tapak sekali tapi masalahnya bila aku buat macam ni, memang lari la hayunan tangan aku pasal memang tak fokus. Kesimpulannya, stepping aku cuma nak kena baiki sikit sambil baling tangan nak kena tujukan ke arah yang betul.
Skor aku untuk 3 game semalam – 66, 118 dan 82 dengan purata = 88.67. Menang la jugak 1 game. Takde la seteruk minggu lepas.
Ahad, 5 Jun 2011
BOLA BARU HAMMER: BLUE HAMMER (AKAN KELUAR 15/6/2011)
STYLE: 029744-084XX
COLOR: Blue
COVERSTOCK: Performance Urethane
CORE: Modified Vibe Core
FACTORY FINISH: 800/1000/2000/4000 Abralon®
AVAILABLE WEIGHTS: 10 - 16 LBS
BEST LANE CONDITION: Dry
RG / DIFFERENTIAL:
#10 RG (2.72) Diff (.031)
#11 RG (2.62) Diff (.031)
#12 RG (2.60) Diff (.039)
#13 RG (2.53) Diff (.055)
#14 RG (2.61) Diff (.026)
#15 RG (2.57) Diff (.032)
#16 RG (2.57) Diff (.028)
Khamis, 2 Jun 2011
BOLA BARU HAMMER: ARSON (AKAN KELUAR 23/6/2011)
COLOR: Red / Black / Silver
COVERSTOCK: Max-Hook Hybrid
CORE: Sauce
FACTORY FINISH: 800/1000/2000/2000 Abralon®
AVAILABLE WEIGHTS: 12 - 16 LBS
BEST LANE CONDITION: Medium - Heavy Oil
RG / DIFFERENTIAL:
#12 RG (2.60) Diff (,039)
#13 RG (2.53) Diff (.055)
#14 RG (2.47) Diff (.049)
#15 RG (2.50) Diff (.045)#16 RG (2.58) Diff (.040
Selasa, 31 Mei 2011
MINGGU 1, JUN
Kali ni main 3 game je tapi hancur permainan aku. Dari 3 game, aku cuma dapat markah 76, 108 dan 107 dengan purata = 97. Purata pun bawah 100 saja. Tak tau la apa jadi semalam, baling camana pun memang tak menjadi. Balik hook tak jadi, baling tegak pun tak jadi.
Aku masih lagi belum jumpa strike line. Rasanya semalam aku banyak sangat tukar line aku. Sekejap dari kiri, sekejap dari kanan, pastu tukar kiri balik. Memang la takkan jumpa line tu. Banyak sangat eksperimen yang aku nak buat semalam. Langkah pun rasa lari je pasal aku lagi banyak fikir aku nak gerak camana tangan aku. Rasanya nak kena ubah cara pemikiran aku lain kali aku main.
Spare pun masih tak menjadi. Ada berapa kali aku baling dia memang pergi tegak tapi tak semua la yang menjadi. Masih banyak lagi latihan yang aku kena buat.
Ahad, 29 Mei 2011
TAHNIAH AIMAN DAN ZANDRA
Berita penuh disini:
Utusan -
Jumaat, 27 Mei 2011
CHRIS BARNES
Inilah cikgu aku masa baru belajar bowling dulu (cikgu youtube je la). Gaya dia memang cantik dan aku memang suka gaya – gaya macam ni. Cara dia baling nampak senang je nak belajar. Tapi aku dah tak ikut dah cara 4 Step dia. Rasa janggal pulak kaki kanan dengan tangan kanan gerak serentak.
Masa aku mula – mula cuba belajar gaya dia, memang aku asyik bayang je la cara gerak dia. Siap tulis atas kertas lagi Step 1 camane, Step 2 camane. Memang serius abis la nak belajar masa tu. Rasa aku ada lagi kertas Stepping tu, nanti nak cari balik la buat rujukan.
PANDUAN DI KAUNTER BOWLING
Apabila sampai giliran anda, pergi ke kaunter dan tanya dulu harga untuk 1 game. Ini untuk memudahkan pengiraan kos nanti.
Cara pengiraan kos adalah seperti berikut: Bilangan pemain X Jumlah permainan (game) X Harga untuk 1 game + Bilangan kasut bowling yang diperlukan (jika ada) + Bilangan stokin yang perlu dibeli (jika ada). Contoh: 3 orang bermain 3 game = 9 game
Bayar jumlah yang ditetapkan dan ambil resit. Tanya nombor lorong / lane atau rujuk kepada nombor lane pada resit. Permintaan kepada lane yang spesifik juga boleh dilakukan sekiranya ada kekosongan.
Stokin boleh dibeli di kaunter sekiranya pemain tidak membawa stoking sendiri.
Pilih kasut yang sesuai di kaunter kasut. Mula dengan saiz 8, dan pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda, tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
Rabu, 25 Mei 2011
MINGGU 4, MEI
Masih lagi hancur skor aku. Aku masih lagi belum jumpa strike line aku. 3 game pertama aku baling dari kiri ke kanan dengan mengharapkan Backlash aku akan bengkok kat hujung sikit, tapi asyik tak jadi je. 2 game akhir aku baling betul – betul kat hujung sebelah kanan. Susah sikit nak strike tapi pin yang tinggal tak berterabur sangat, lagi senang nak buat spare. Rasa lepas ni, aku nak guna gaya ni je. Cuma nak kena kuatkan balingan aku supaya bola aku boleh bengkok lambat sikit.
Spare pun tak mahir lagi. Aku baling dengan mengharapkan bola tu pergi tegak, tapi lagi sikit nak sampai dia bengkok ke kiri pulak. Bagi aku, spare lagi penting dari strike. Tapi spare lagi susah nak berlatih, pasal banyak sangat variasi dia.
Rabu, 18 Mei 2011
REHAT SEBENTAR
Sebelum ni blog ni hanya masuk aspek – aspek teknikal saja jadi sekarang nak ubah arah pulak. Nak ubah ke arah personal, lebih kurang macam syok sendiri la.
Sekarang aku dah ada bola bowling sendiri. Bola “Hammer – Backlash”, 13 pound, warna biru. Memang seronok habis bila dah ada bola sendiri. Bila baling pun rasa berlagak je, sebab dah tak pakai houseball lagi. Walaupun skor masih hancur macam dulu tapi sekarang dah lagi senang nak naikkan skor. Kerana bola sendiri dah ikut ukuran jari sendiri, berat pun tak berubah jadi cuma kena ubah stail baling je la.
Tiap – tiap hari selasa, aku akan main bowling dengan budak – budak ofis aku. Kalau penuh pun ada la dalam 5 orang je, tapi pasal berlawan punya pasal memeang seronok jadinya. Semua pun nak menang, taknak jadi orang terakhir dan paling kurang pun boleh dapat lesen (skor lebih dari 100).
Ok, cukup la setakat ini dulu. Nanti aku update lagi blog ni dengan benda – benda baru. Bila tu tak tahu la, kalau ada masa, kalau rajin, kalau teringat.