Isnin, 28 Disember 2015

TIPS DALAM MEMBELI BOLA BOWLING PERTAMA

Ada banyak kelebihan dalam memiliki bola bowling sendiri. Antaranya lubang bagi jari adalah ditebuk mengikut saiz jari dan lebar tapak tangan kita sendiri, tak perlu berebut house ball di pusat bowling dan dah tentu bola bowling kita sendiri lebih bersih, entah apa orang yang guna house ball sebelum tu dah sentuh. Di bawah ini saya senaraikan apa yang perlu dipertimbangkan dalam membeli bola bowling sendiri:
                                                   
Berat
Perlu pilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan kekuatan tangan kita. Tak boleh terlalu berat dan terlalu ringan. Terlalu berat akan membuatkan kita cepat letih, takkan bila dah sampai pusat bowling nak main 1 game je, paling kurang pun nak 3 game. Terlalu ringan akan membuatkan bola laju tapi tak cukup tenaga untuk menjatuhkan pin. Berat bola bowling dikira dalam paun (pound, lb) bukan kg ye. Secara tipikal, berat bola bowling adalah 10% dari berat kita sendiri (1 lb = 0.45kg) tapi tak semestinya. Ada orang yang tangan tak berapa kuat boleh ambik bola bowling yang lebih ringan. Backlash aku sendiri berat 13lb je.

Stail
Kalau suka bola yang hooking, perlu cari bola bowling dengan RG Diff yang agak tinggi (cth: http://jombowling.blogspot.my/2011/08/bola-baru-hammer-epidemic-akan-keluar.html). Diff yang tinggi bermaksud bola tu akan lebih hooking. Boleh ambil bola low performance untuk orang yang baru nak belajar hooking.
Boleh juga ambil bola bowling plastik = bola straight. Bola bowling jenis ni bagus untuk spare, pasal dia akan pergi tegak je. Sepatutnyalah. Strike memang sedap dan dapat markah banyak tapi spare adalah penentu dalam nak menang game.

Duit
Ini yang paling penting sekali. Bergantung kepada tahap kewangan kita untuk beli bola bowling yang mana. Kalau tak berapa serius dan cuma nak bergembira, ambil bola bowling plastik. Murah pun murah dan lebih senang nak main, pilihan pun banyak. Tapi kalau betul-betul nak main bowling, ambik bola yang istimewa sikit. Bola bowling yang boleh hook memang akan mahal sikit kerana dalam bola dia ada isi.
Kalau memang ada duit terlebih, ambil dua-dua sekali. Bola hook dan bola straight. Bola hook untuk dapatkan strike dan bola straight untuk dapatkan spare.
Pakej yang aku pernah tengok adalah 1 bola bowling entry, kasut dan 1 beg untuk 1 bola = RM600 atau 1 bola bowling plastik, kasut dan 1 beg untuk 1 bola = RM400.

1 ulasan: