Hancur! Itulah permainan bowling aku untuk kali ini. Skor aku cuma 110, 115
dan 130. Inilah akibatnya bila nak mencuba sistem baru. Baru game bowling
pertama, kaki dah sakit sebab aku dah salah stepping. Urat tu menangkap sampai
esoknya pun terasa lagi.
Dalam game bowling pertama la jugak finger plug aku tercabut. Melayang
masuk longkang 2 lane sebelah. Malu aku, kena mintak budak pusat bowling tu
tolong ambikkan. Lepas tu aku cuma pakai bola spare je untuk semua balingan
aku. Fikiran positif aku, boleh berlatih spare je, tapi memang lepas tercabut
plug tu terus terasa takde mood lagi. Aku dah gam balik plug untuk bola bowling
aku tu tapi tak tau la lekat ke tidak gam tu. Rasa hari Khamis nanti baru
dapat cuba balik bola tu.
Aku cuba Sistem 369 untuk spare, menjadi juga. Pin 10 yang aku tuju untuk
spare memang jatuh. Nanti aku tunjukkan macamana Sistem 369 ni. Ada yang
menjadi tapi ada jugak yang sipi je lagi nak kena. Memang kena banyakkan lagi
berlatih dan aku rasa skor akan rendah lagi selagi kepala masih set untuk
berlatih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan