Khamis, 21 Januari 2016

ADAB DAN ETIKA SEMASA BERMAIN BOWLING

  • Tak apa jika nak menjerit kegembiraan lepas dapat strike/spare tapi jangan la melebih-lebih. Cukup jika boleh didengari oleh orang belakang kita dan tak perlu bertempik macam gorila hilang anak sampai satu pusat bowling tu boleh dengar.
  • MESTI, diulangi MESTI pakai kasut bowling kalau nak main bowling. Pemakaian kasut selain dari kasut bowling hanya akan merosakkan board. Kalau dah bayar pun, tempat tu bukan awak yang punya. Orang lain pun nak main jugaj lepas tu.
  • Jangan melepak kat sebelah mesin pulang bola bila orang sebelah tengah nak baling. Berdiri di belakang mesin takpe.
  • Lebih afdal jika bagi orang sebelah kiri baling dulu. Sesetengah orang lepas baling bola, dia akan tersesat sikit ke sebelah kanan dia (jika guna tangan kanan). Jadi supaya tak bertembung, bagi la orang sebelah baling dulu.
  • Lepas baling, jangan la melepak kat depan lane tu pulak. Orang lain yang nak baling lepas awak akan rasa terganggu jika ada orang lain depan dia.
  • Jangan mencarut tak tentu hala. Kita main bowling untuk bergembira, bukan nak menambahkan rasa marah dalam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan