Lama betul aku tak update blog ni. Semenjak sibuk hari tu terus takde masa nak nak menulis benda – benda baru. Jadi sekarang kerana dah kurang sibuk, bolehlah mula aktif menulis balik.
Sebelum ni blog ni hanya masuk aspek – aspek teknikal saja jadi sekarang nak ubah arah pulak. Nak ubah ke arah personal, lebih kurang macam syok sendiri la.
Sekarang aku dah ada bola bowling sendiri. Bola “Hammer – Backlash”, 13 pound, warna biru. Memang seronok habis bila dah ada bola sendiri. Bila baling pun rasa berlagak je, sebab dah tak pakai houseball lagi. Walaupun skor masih hancur macam dulu tapi sekarang dah lagi senang nak naikkan skor. Kerana bola sendiri dah ikut ukuran jari sendiri, berat pun tak berubah jadi cuma kena ubah stail baling je la.
Tiap – tiap hari selasa, aku akan main bowling dengan budak – budak ofis aku. Kalau penuh pun ada la dalam 5 orang je, tapi pasal berlawan punya pasal memeang seronok jadinya. Semua pun nak menang, taknak jadi orang terakhir dan paling kurang pun boleh dapat lesen (skor lebih dari 100).
Ok, cukup la setakat ini dulu. Nanti aku update lagi blog ni dengan benda – benda baru. Bila tu tak tahu la, kalau ada masa, kalau rajin, kalau teringat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan