Khamis, 28 Julai 2011

MINGGU 5, JULAI

Lama betul aku tak kemaskini blog ni. sekarang ni teramatlah sibuk sampai nak curi – curi masa sikit untuk tulis pun tak sempat. Hari ni la baru ada masa sikit.

Hari Rabu minggu ni la baru sempat nak pergi main bowling. Kali ni masih lagi main di Kajang, 4 orang, 3 game setiap seorang. Skor yang aku dapat – 83, 130 dan 145. Menang 2 dari 3 game.

Stepping aku dah takde masalah lagi. Dah secara automatik, boleh slidekan kaki. Tinggal sikit lagi untuk baiki kaki kanan boleh pergi ke belakang kaki kiri pada langkah akhir.


Tangan dah sedap. Hayun dah laju dan dah makin tepat. Mata nak kena fokus pandang ke salah satu dari papan yang ada depan dan ke kanan sikit dari titik tengah. Bila aku buat macam tu, bola dah makin lari ke kanan. Masih lagi belum masuk pocket tapi kalu terbuat overhook pun tak jadi masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan