Khamis, 7 Julai 2011

BERHANTU

Main bowling ni memang berhantu. Masa aku mula – mula ajak budak rumah aku main bowling, aku cuma ingat main sikit – sikit je. Sekali, lepas dia orang dah syok main, ambik kau. Semua beli bola bowling sendiri dan tiap – tiap hari Selasa memang dah jadi hari untuk main bowling.

Aku yang dah mula 3 tahun lepas belum ada bola sendiri lagi, korang pulak dah bising nak beli bola sendiri. Ni memang tak boleh jadi. Jadi aku pun angkat bola Hammer Backlash, sorang lagi ambik Brunswick Slingshot dan sorang lagi pakai Whitedot.

Sekarang ni pulak dah mula bising – bising nak masuk 9 Pin Tournament pulak. Korang memang cita – cita besar, tapi takpe. Kalau korang masuk, aku pun masuk sekali. Biar la kalau kalah sekalipun, kurang – kurang ada la jugak aktiviti bersama kita.
Mana la tau ada antara kita yang boleh menang tempat pertama, boleh la belanja makan, bagus gak tu. Alang – alang dah masuk 9 Pin Tournament, aku cadangkan untuk masuk sekali 369 Tournament. Dua tu pun tournament untuk orang – orang baru. Kena la dengan status kita sekarang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan