- Tak apa jika nak menjerit kegembiraan lepas dapat strike/spare tapi jangan la melebih-lebih. Cukup jika boleh didengari oleh orang belakang kita dan tak perlu bertempik macam gorila hilang anak sampai satu pusat bowling tu boleh dengar.
- MESTI, diulangi MESTI pakai kasut bowling kalau nak main bowling. Pemakaian kasut selain dari kasut bowling hanya akan merosakkan board. Kalau dah bayar pun, tempat tu bukan awak yang punya. Orang lain pun nak main jugaj lepas tu.
- Jangan melepak kat sebelah mesin pulang bola bila orang sebelah tengah nak baling. Berdiri di belakang mesin takpe.
- Lebih afdal jika bagi orang sebelah kiri baling dulu. Sesetengah orang lepas baling bola, dia akan tersesat sikit ke sebelah kanan dia (jika guna tangan kanan). Jadi supaya tak bertembung, bagi la orang sebelah baling dulu.
- Lepas baling, jangan la melepak kat depan lane tu pulak. Orang lain yang nak baling lepas awak akan rasa terganggu jika ada orang lain depan dia.
- Jangan mencarut tak tentu hala. Kita main bowling untuk bergembira, bukan nak menambahkan rasa marah dalam diri.
Khamis, 21 Januari 2016
ADAB DAN ETIKA SEMASA BERMAIN BOWLING
Jumaat, 8 Januari 2016
SIRI 2 DISEMBER 2015
Hancur! Itulah permainan bowling aku untuk kali ini. Skor aku cuma 110, 115
dan 130. Inilah akibatnya bila nak mencuba sistem baru. Baru game bowling
pertama, kaki dah sakit sebab aku dah salah stepping. Urat tu menangkap sampai
esoknya pun terasa lagi.
Dalam game bowling pertama la jugak finger plug aku tercabut. Melayang
masuk longkang 2 lane sebelah. Malu aku, kena mintak budak pusat bowling tu
tolong ambikkan. Lepas tu aku cuma pakai bola spare je untuk semua balingan
aku. Fikiran positif aku, boleh berlatih spare je, tapi memang lepas tercabut
plug tu terus terasa takde mood lagi. Aku dah gam balik plug untuk bola bowling
aku tu tapi tak tau la lekat ke tidak gam tu. Rasa hari Khamis nanti baru
dapat cuba balik bola tu.
Aku cuba Sistem 369 untuk spare, menjadi juga. Pin 10 yang aku tuju untuk
spare memang jatuh. Nanti aku tunjukkan macamana Sistem 369 ni. Ada yang
menjadi tapi ada jugak yang sipi je lagi nak kena. Memang kena banyakkan lagi
berlatih dan aku rasa skor akan rendah lagi selagi kepala masih set untuk
berlatih.
Langgan:
Catatan (Atom)