Khamis, 28 Julai 2011

MINGGU 5, JULAI

Lama betul aku tak kemaskini blog ni. sekarang ni teramatlah sibuk sampai nak curi – curi masa sikit untuk tulis pun tak sempat. Hari ni la baru ada masa sikit.

Hari Rabu minggu ni la baru sempat nak pergi main bowling. Kali ni masih lagi main di Kajang, 4 orang, 3 game setiap seorang. Skor yang aku dapat – 83, 130 dan 145. Menang 2 dari 3 game.

Stepping aku dah takde masalah lagi. Dah secara automatik, boleh slidekan kaki. Tinggal sikit lagi untuk baiki kaki kanan boleh pergi ke belakang kaki kiri pada langkah akhir.


Tangan dah sedap. Hayun dah laju dan dah makin tepat. Mata nak kena fokus pandang ke salah satu dari papan yang ada depan dan ke kanan sikit dari titik tengah. Bila aku buat macam tu, bola dah makin lari ke kanan. Masih lagi belum masuk pocket tapi kalu terbuat overhook pun tak jadi masalah.

Khamis, 7 Julai 2011

BERHANTU

Main bowling ni memang berhantu. Masa aku mula – mula ajak budak rumah aku main bowling, aku cuma ingat main sikit – sikit je. Sekali, lepas dia orang dah syok main, ambik kau. Semua beli bola bowling sendiri dan tiap – tiap hari Selasa memang dah jadi hari untuk main bowling.

Aku yang dah mula 3 tahun lepas belum ada bola sendiri lagi, korang pulak dah bising nak beli bola sendiri. Ni memang tak boleh jadi. Jadi aku pun angkat bola Hammer Backlash, sorang lagi ambik Brunswick Slingshot dan sorang lagi pakai Whitedot.

Sekarang ni pulak dah mula bising – bising nak masuk 9 Pin Tournament pulak. Korang memang cita – cita besar, tapi takpe. Kalau korang masuk, aku pun masuk sekali. Biar la kalau kalah sekalipun, kurang – kurang ada la jugak aktiviti bersama kita.
Mana la tau ada antara kita yang boleh menang tempat pertama, boleh la belanja makan, bagus gak tu. Alang – alang dah masuk 9 Pin Tournament, aku cadangkan untuk masuk sekali 369 Tournament. Dua tu pun tournament untuk orang – orang baru. Kena la dengan status kita sekarang ni.

Jumaat, 1 Julai 2011

MINGGU 5, JUN

Kali ni aku main bowling kat kajang. Main 3 orang , 3 game sorang dan aku cuma dapat menang 1 game saja. Skor aku untuk 3 game, 100, 153 dan 118 dengan purata = 123.

Sepatutnya game ke 3 tu pun aku boleh menang tapi pasal tempat tu ada pertandingan dan kitaorang kena cepatkan game, itulah jadinya. Frame 10 aku cuma kena dapat strike atau spare je, balingan pertama dah jatuh 9, bila baling untuk spare boleh pulak tak kena. sakit pinggang aku dibuatnya main laju – laju ni.

Cara baling 5 langkah aku dah makin menjadi. Aku sendiri pun rasa dah ada form dia. Gempak jugak. Sekarang cuma nak kena berlatih bola spare je. Rasa kena beli jugak bola spare sebiji ni.