Kali ni main 3 game je tapi hancur permainan aku. Dari 3 game, aku cuma dapat markah 76, 108 dan 107 dengan purata = 97. Purata pun bawah 100 saja. Tak tau la apa jadi semalam, baling camana pun memang tak menjadi. Balik hook tak jadi, baling tegak pun tak jadi.
Aku masih lagi belum jumpa strike line. Rasanya semalam aku banyak sangat tukar line aku. Sekejap dari kiri, sekejap dari kanan, pastu tukar kiri balik. Memang la takkan jumpa line tu. Banyak sangat eksperimen yang aku nak buat semalam. Langkah pun rasa lari je pasal aku lagi banyak fikir aku nak gerak camana tangan aku. Rasanya nak kena ubah cara pemikiran aku lain kali aku main.
Spare pun masih tak menjadi. Ada berapa kali aku baling dia memang pergi tegak tapi tak semua la yang menjadi. Masih banyak lagi latihan yang aku kena buat.
Selasa, 31 Mei 2011
MINGGU 1, JUN
Ahad, 29 Mei 2011
TAHNIAH AIMAN DAN ZANDRA
Mohd. Nur Aiman Khairuddin menang bahagian lelaki dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menang bahagian perempuan dalam Kejohanan Boling Terbuka Malaysia 2011. Aiman dapat RM35,000 dan Zandra dapat RM15,000 (banyak tu).
Berita penuh disini:
Utusan -
Berita penuh disini:
Utusan -
Jumaat, 27 Mei 2011
CHRIS BARNES
Inilah cikgu aku masa baru belajar bowling dulu (cikgu youtube je la). Gaya dia memang cantik dan aku memang suka gaya – gaya macam ni. Cara dia baling nampak senang je nak belajar. Tapi aku dah tak ikut dah cara 4 Step dia. Rasa janggal pulak kaki kanan dengan tangan kanan gerak serentak.
Masa aku mula – mula cuba belajar gaya dia, memang aku asyik bayang je la cara gerak dia. Siap tulis atas kertas lagi Step 1 camane, Step 2 camane. Memang serius abis la nak belajar masa tu. Rasa aku ada lagi kertas Stepping tu, nanti nak cari balik la buat rujukan.
Maklumat lebih lanjut tentang Chris Barnes boleh didapati di -
PANDUAN DI KAUNTER BOWLING
Tanya jika ada lane kosong yang boleh digunakan. Sekiranya semua lane sedang diganakan. Isi nama pada senarai menunggu. Tunggu sehingga nama tersebut dipanggil. Kalau banyak sangat nama sebelum nama anda, pergilah makan – makan dulu.
Apabila sampai giliran anda, pergi ke kaunter dan tanya dulu harga untuk 1 game. Ini untuk memudahkan pengiraan kos nanti.
Cara pengiraan kos adalah seperti berikut: Bilangan pemain X Jumlah permainan (game) X Harga untuk 1 game + Bilangan kasut bowling yang diperlukan (jika ada) + Bilangan stokin yang perlu dibeli (jika ada). Contoh: 3 orang bermain 3 game = 9 game
Bayar jumlah yang ditetapkan dan ambil resit. Tanya nombor lorong / lane atau rujuk kepada nombor lane pada resit. Permintaan kepada lane yang spesifik juga boleh dilakukan sekiranya ada kekosongan.
Stokin boleh dibeli di kaunter sekiranya pemain tidak membawa stoking sendiri.
Pilih kasut yang sesuai di kaunter kasut. Mula dengan saiz 8, dan pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda, tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Rabu, 25 Mei 2011
MINGGU 4, MEI
Malam semalam main 5 game. Dari 5 game tu, 2 je yang aku menang. Skor untuk 5 game adalah seperti berikut, 118, 133, 109, 130 dan 127. Purata sama dengan 123.4.
Masih lagi hancur skor aku. Aku masih lagi belum jumpa strike line aku. 3 game pertama aku baling dari kiri ke kanan dengan mengharapkan Backlash aku akan bengkok kat hujung sikit, tapi asyik tak jadi je. 2 game akhir aku baling betul – betul kat hujung sebelah kanan. Susah sikit nak strike tapi pin yang tinggal tak berterabur sangat, lagi senang nak buat spare. Rasa lepas ni, aku nak guna gaya ni je. Cuma nak kena kuatkan balingan aku supaya bola aku boleh bengkok lambat sikit.
Spare pun tak mahir lagi. Aku baling dengan mengharapkan bola tu pergi tegak, tapi lagi sikit nak sampai dia bengkok ke kiri pulak. Bagi aku, spare lagi penting dari strike. Tapi spare lagi susah nak berlatih, pasal banyak sangat variasi dia.

Rabu, 18 Mei 2011
REHAT SEBENTAR
Lama betul aku tak update blog ni. Semenjak sibuk hari tu terus takde masa nak nak menulis benda – benda baru. Jadi sekarang kerana dah kurang sibuk, bolehlah mula aktif menulis balik.
Sebelum ni blog ni hanya masuk aspek – aspek teknikal saja jadi sekarang nak ubah arah pulak. Nak ubah ke arah personal, lebih kurang macam syok sendiri la.
Sekarang aku dah ada bola bowling sendiri. Bola “Hammer – Backlash”, 13 pound, warna biru. Memang seronok habis bila dah ada bola sendiri. Bila baling pun rasa berlagak je, sebab dah tak pakai houseball lagi. Walaupun skor masih hancur macam dulu tapi sekarang dah lagi senang nak naikkan skor. Kerana bola sendiri dah ikut ukuran jari sendiri, berat pun tak berubah jadi cuma kena ubah stail baling je la.
Tiap – tiap hari selasa, aku akan main bowling dengan budak – budak ofis aku. Kalau penuh pun ada la dalam 5 orang je, tapi pasal berlawan punya pasal memeang seronok jadinya. Semua pun nak menang, taknak jadi orang terakhir dan paling kurang pun boleh dapat lesen (skor lebih dari 100).
Ok, cukup la setakat ini dulu. Nanti aku update lagi blog ni dengan benda – benda baru. Bila tu tak tahu la, kalau ada masa, kalau rajin, kalau teringat.

Langgan:
Catatan (Atom)