Rabu, 26 April 2017

SEMASA MENUNGGU GILIRAN BALINGAN BOWLING

Kalau dilihat dari kerusi yang disediakan di lorong bowling, untuk 2 lorong boleh ada 10 orang yang bermain pada masa yang sama. Nak menunggu giliran kita sampai kalau ada 10 pemain memang azab. Jadi apa yang kita boleh buat semasa menunggu giliran sampai, bersama ini disediakan cadangan untuk aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Makan dan minum. Sesetengah pusat bowling ada menyediakan makanan ringan yang boleh dibeli. Contoh – nugget, fish ball, french fries dan sebagainya. Ada juga yang menyediakan makanan separa berat seperti nasi goreng dan mee tapi ni tak berapa sesuai nak makan kalau tengah main bowling. Dengan minyaknya lagi, jadi elakkan dan kalau makan jugak, sediakan tisu sekali.
  • Berbual dengan kawan-kawan sambil menunggu giliran, Cuma janganlah sampai macam orang gila bila ketawa dan menjerit-jerit masa berbual tu. Jangan juga cuba nak berbual dengan orang yang nak baling bola bowling. Ini akan menggangu konsentrasi.
  • Selfie, wefie apa pun namanya, nak ambik gambar je pun. Ambik la sesuka hati tapi dinasihatkan agar jangan pakai flash. Nanti ada yang terkejut ingat kilat dan baling bola bowling bersepah.
  • Jenguk orang yang main bowling kat lane sebelah. Boleh je tengok orang sebelah main bowling macamana dan berapa skor dia tapi jangan la melampau sampai orang sebelah tu rasa terganggu.
  • Mengurat awek lane sebelah. Kadang-kadang kalau nasib baik adalah gadis-gadis yang baru pertama kali main bowling main kat lane sebelah. Inilah masanya nak tunjukkan kejantanan yang dah lama disimpan. Boleh mula dengan bagi nasihat sikit – jangan sampai pijak garis depan, 2 lubang jari masuk jari tengah dan jari manis je, jangan baling bola tinggi sangat nanti rosak papan. Mana tahu ada jodoh, boleh kata cinta berputik di pusat bowling.
  • Boleh juga bermain dengan telefon sendiri. Nak mesej ke, nak whatsapp ke, nak video call ke asalkan jangan terleka sampai terlepas giliran nak baling bola bowling.