Isnin, 28 Disember 2015

TIPS DALAM MEMBELI BOLA BOWLING PERTAMA

Ada banyak kelebihan dalam memiliki bola bowling sendiri. Antaranya lubang bagi jari adalah ditebuk mengikut saiz jari dan lebar tapak tangan kita sendiri, tak perlu berebut house ball di pusat bowling dan dah tentu bola bowling kita sendiri lebih bersih, entah apa orang yang guna house ball sebelum tu dah sentuh. Di bawah ini saya senaraikan apa yang perlu dipertimbangkan dalam membeli bola bowling sendiri:
                                                   
Berat
Perlu pilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan kekuatan tangan kita. Tak boleh terlalu berat dan terlalu ringan. Terlalu berat akan membuatkan kita cepat letih, takkan bila dah sampai pusat bowling nak main 1 game je, paling kurang pun nak 3 game. Terlalu ringan akan membuatkan bola laju tapi tak cukup tenaga untuk menjatuhkan pin. Berat bola bowling dikira dalam paun (pound, lb) bukan kg ye. Secara tipikal, berat bola bowling adalah 10% dari berat kita sendiri (1 lb = 0.45kg) tapi tak semestinya. Ada orang yang tangan tak berapa kuat boleh ambik bola bowling yang lebih ringan. Backlash aku sendiri berat 13lb je.

Stail
Kalau suka bola yang hooking, perlu cari bola bowling dengan RG Diff yang agak tinggi (cth: http://jombowling.blogspot.my/2011/08/bola-baru-hammer-epidemic-akan-keluar.html). Diff yang tinggi bermaksud bola tu akan lebih hooking. Boleh ambil bola low performance untuk orang yang baru nak belajar hooking.
Boleh juga ambil bola bowling plastik = bola straight. Bola bowling jenis ni bagus untuk spare, pasal dia akan pergi tegak je. Sepatutnyalah. Strike memang sedap dan dapat markah banyak tapi spare adalah penentu dalam nak menang game.

Duit
Ini yang paling penting sekali. Bergantung kepada tahap kewangan kita untuk beli bola bowling yang mana. Kalau tak berapa serius dan cuma nak bergembira, ambil bola bowling plastik. Murah pun murah dan lebih senang nak main, pilihan pun banyak. Tapi kalau betul-betul nak main bowling, ambik bola yang istimewa sikit. Bola bowling yang boleh hook memang akan mahal sikit kerana dalam bola dia ada isi.
Kalau memang ada duit terlebih, ambil dua-dua sekali. Bola hook dan bola straight. Bola hook untuk dapatkan strike dan bola straight untuk dapatkan spare.
Pakej yang aku pernah tengok adalah 1 bola bowling entry, kasut dan 1 beg untuk 1 bola = RM600 atau 1 bola bowling plastik, kasut dan 1 beg untuk 1 bola = RM400.

Jumaat, 25 Disember 2015

SIRI 1, BULAN DISEMBER 2015

Aku sendiri tak ingat bila aku akhir sekali main bowling, rasanya macam hari raya Aidilfitri yang lepas. Lama betul tu. Bila dah lama tak main ni, macam biasalah: lepas bola tangan tak tegak, kaki salah stepping lagi.

Kali ni main di Melaka International Bowling Centre (MIBC) di Hang Tuah Jaya. Dah lama tak datang sini, banyak betul yang berubah. Dah ada kafe pulak kat dalam pusat bowling ni. Tak beli apa-apa jadi tak tahu apa yang dia ada jual. Hari tu main 3 game dan kena cas RM21 = RM7 untuk 1 game. Ok la tu untuk harga masa cuti umum.

Main 3 game bowling dan semua game tu aku kalah. Skor bowling aku 144, 134 dan 132. Makin menurun pula bila makin lama main. Balingan pertama ok lagi, tapi untuk dapatkan spare memang takde nasib hari tu. Kalau tak split, akan dapat 2 pin yang selari. Kena banyakkan lagi latihan untuk kuatkan spare aku.

Masa main bowling tu, lane kanan aku ada orang Eropah yang main. Senior semuanya, main rileks je. Siap pakai topi Santa lagi. Lane sebelah kiri pulak budak-budak muda, bising dan mengganggu betul. Bila baling bola, siap masuk lane aku pulak dan putar-putar bola bila aku dah naik untuk approach. Memang tak boleh nak fokus jadinya. Nasib baik dia orang main 2 game je.

Rabu, 23 Disember 2015

GAYA – GAYA BALINGAN BOWLING

Stroking
Adalah gaya dimana bola dilepaskan dengan lancar. Kebiasaannya pengguna gaya ini akan memastikan bahu mereka selari dengan garisan foul dan backswing mereka tidak terlalu tinggi. Mereka yang menggunakan gaya stroker lebih mementingkan ketepatan berbanding kuasa.
                          
Cranking
Pemain bowling yang banyak bergantung kepada pergerakan pergelangan tangan untuk menghasilkan revolusi adalah dari jenis cranker. Mereka akan menggunakan backswing yang tinggi dan menjarakkan bahu mereka untuk mendapatkan kelajuan bola yang diperlukan.

Tweening
Adalah gaya yang berada di antara stroking dan cranking. Boleh ambik gaya dari stroking dan campur dengan gaya dari cranking. Power stroking adalah antara variasi tweening dimana Kelajuan dan revollusi bola boleh dihasilkan dari gaya cranking dan dengan gaya yang lancar seperti menggunakan gaya stroking.

Spinning
Gaya yang popular di Asia dimana bola akan bergerak tegak tetapi berputar pada axis X. Matlamat spinning adalah supaya bola boleh bergerak tegak sehingga menyentuh pin satu. Putaran bola pada axis X akan menyebabkan bola bergerak pada arah yang berlawanan dan menyebabkan pin berlaga sesama sendiri.

Shoveling
Teknik dimana ibujari tidak dimasukkan ke dalam lubang. Teknik ini menghasilkan revolusi yang tinggi dan selalunya menggunakan kedua – dua belah tangan atau distabilkan menggunakn lengan apabila pemain bowling tersebut menggunakan backswing dengan siku yang dibengkokkan.

Isnin, 21 Disember 2015

BALINGAN BOWLING DENGAN 2 TANGAN

Pertama kali aku nampak balingan 2 tangan ni masa perlawanan bowling di Amerika ditayangkan di Astro. Pemain 2 tangan (2 handed bowler) tu Jason Belmonte (info lanjut - https://en.wikipedia.org/wiki/Jason_Belmonte).  Aku ingat Jason Belmonte ni pasal dia pernah menang lawan dengan Shalin Zulkifli. Seorang lagi 2 handed bowler yang aku tahu adalah Osku Palermaa (info lanjut - https://en.wikipedia.org/wiki/Osku_Palermaa).
                          
Pertama kali tengok memang terkejut, tak sangka ada pulak yang akan main bowling pakai 2 tangan. Ini membuktikan tiada cara balingan yang tetap dalam permainan bowling. Baling la macamana pun asalkan boleh strike/spare dan selagi tak merosakkan board bowling.

Tips untuk nak main 2 handed bowling ( http://www.bowlingthismonth.com/bowling-tips/training-two-handed-players/ ). Aku malas nak terjemahkan pasal banyak sangat jadi pandai-pandai la ye.


Yang ni pulak video dia, sekali dengan tips jugak. Juga dalam bahasa Inggeris.

Jumaat, 18 Disember 2015

GENTING HIGHLAND - GLOW IN THE DARK BOWLING

Aku pun tak sangka ada pusat bowling macam ini kat Malaysia. Tapi sayang, jauh sangat nak sampainya. Genting Bowl ada 28 lorong tapi yang istimewa tentang tempat bowling ni pasal ada Glow In The Dark. Ko akan main bowling dalam keadaan gelap dan muzik yang bising tapi memang layan kalau nak pergi dengan kawan-kawan.
                        
Harga untuk 1 game:
Isnin – Jumaat sebelum jam 6 petang = RM6.40
Isnin – Jumaat selepas jam 6 petang = RM7.50
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum sebelum jam 6 petang = RM8.50
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum selepas jam 6 petang = RM9.50

Waktu operasi:
Isnin – Jumaat = 12 tengahari – 12 malam
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum = 10 pagi – 12 malam

Waktu operasi untuk Glow In The Dark
6 petang sampai tutup


Bawah ni aku sertakan video untuk bowling Glow In The Dark


Rabu, 16 Disember 2015

4 TAHUN 1 BULAN

Tajuk adalah masa yang aku ambil untuk masuk blog balik. Bukan tak main langsung bowling, tapi malas, sibuk dan lupa membuatkan aku tak sentuh langsung blog ni. Harap-harap kali ini aku boleh selalu update blog ni.

Sekarang aku dah ada bola spare, tak ingat pernah beritahu tak dalam blog ni. Bola biasa saja, nothing special. Nothing special sampai tak ingat jenama apa. Nanti aku tengok balik. Kasut bowling pun dah senyum meleret = koyak tapak depan. Bawa pergi tukang kasut pun , dia nasihat untuk beli baru je. Kalau gam pun mesti jahanam balik, tukang kasut tu kata. Rasanya akan beli dalam minggu ni jugak.

Kaki bowling sama pun dah tak ramai. Mungkin terpaksa pergi main seorang diri. Boleh je, takde hal. Boleh ambik perk Lone Wanderer (ceduk dari game Fallout 4). Main seorang diri ni, banyak kebebasan. Nak pergi pukul berapa pun tak kisah, habis main pun cepat je pasal tak payah tunggu turn. Cuma malu je la, bawa beg bowling macam profesional tapi baling macam newbie jugak.


Apa-apa pun nanti aku akan update lagi.