Selasa, 29 Jun 2010

CARA KIRAAN MARKAH

Untuk setiap strike, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk dua balingan seterusnya.

Contoh:
Frame 1 – 10 (Strike) markah = 10 + x + x
Frame 2 – 8
Frame 2 – 1 markah = 8 + 1

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 +8 +1 = 19

Untuk setiap spare, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk satu balingan seterusnya.

Contoh:
Frame 1 – 8
Frame 1 – 2 (Spare) markah = 10 + x
Frame 2 – 7
Frame 2 – 2 markah = 7 + 2

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + 7 = 17

Pada papan mata, strike akan digantikan dengan huruf X dan spare dengan lambang /

Contoh pengiraan markah








Frame 1: 9 + 1 + 10 = 20
Frame 2: 10 + 8 + 2 = 20
Frame 3: 8 + 2 + 7 = 17
Frame 4: 7 + 1 = 8
Frame 5: 10 + 10 + 7 = 27
Frame 6: 10 + 7 + 3 = 20
Frame 7: 7 + 3 + 10 = 20
Frame 8: 10 + 10 + 10 = 30
Frame 9: 10 + 10 + 9 = 29
Frame 10:10 + 9 + 1 = 20
Jumlah markah = 211

Tips: Jangan risau, makin banyak main bowling, makin pandai kira markah.

Jumaat, 25 Jun 2010

TENTANG PERMAINAN BOWLING

Matlamat permainan bowling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”.

Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300.

Satu permainan bowling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.

Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike – 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10.

Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.

Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”

Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

Khamis, 24 Jun 2010

ASAL TENPIN BOWLING

Tenpin bowling berasal dari Amerika Syarikat. Nama Tenpin bermaksud 10 pin adalah tambahan dari permainan 9 pin bowling yang diharamkan kerana dikaitkan dengan perjudian. Dengan mengubah peraturan permainan dari 9 pin ke 10 pin, larangan ini telah diatasi. Kiranya macam bukan melanggar peraturan tapi membengkokkan peraturan itu.