Isnin, 20 November 2017

TEKNIK 3-6-9 UNTUK SPARE

Aku sendiri baru jumpa teknik ni. Teknik ini digunakan untuk menaikkan kiraan markah bowling kita dengan mendapatkan spare. Walaupun sistem ni dah agak lama tapi bagus untuk orang yang baru mula nak main bowling.

Caranya adalah:

1)      Untuk pin sebelah kiri lane (pin 2,4 dan 7)
a)      Untuk pin 2
i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 3 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.
b)      Untuk pin 4
i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 6 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.
c)       Untuk pin 6
i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 9 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.
2)      Untuk pin sebelah kanan lane (pin 3,6 dan 10)
a)      Untuk pin 10
i)   Gerakkan ibu jari kaki kiri ke titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.
b)      Untuk pin 6
i)    Gerakkan ibu jari kaki kiri ke 3 papan ke sebelah kanan dari titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.
c)       Untuk pin 3
i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri ke 6 papan ke sebelah kanan dari titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.
ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.

Apa yang diajar masih tak berguna sekiranya tidak dilatih. Jadi selepas ini jika ke pusat bowling lagi, bolehlah berlatih menggunakan teknik ini untuk menang lebih banyak game bowling.


Aku sendiri pun rujuk dari video ni:


Rabu, 21 Jun 2017

TIADA MALAYSIA OPEN TAHUN INI

Aku terjumpa berita ni secara tak sengaja. Tak sangka pulak pasal Sunway Mega Lanes tengah ubahsuai sampai kena tangguh Terbuka Malaysia. Takkan takde tempat lain yang boleh buat. MIBC Melaka yang pernah anjur World Amatuer, takpun bowling center baru kat Bangi Gateway ke.


Selasa, 9 Mei 2017

PENTINGNYA SPARE

Bila dapat strike memang seronok, memang gembira tapi tak guna kalau tak pandai nak spare. Kalau dapat jatuhkan 9 pin dan spare semua lepas tu pun dah dapat markah 190.
                       
Contoh markah game jatuhan 9 pin dan spare semua


Dapat markah 190 pun dah kira cukup tinggi. Mereka yang pertama kali main bowling, lebih bagus kalau berlatih untuk spare dulu.

Cara paling senang adalah guna teknik KISS. Bukan suruh bercium ye, nanti kena viral dah malu mak ayah. KISS ni maknanya Keep It Straight & Simple (ada juga yang guna Keep It Straight Stupid, tapi menghina sangat yang ni). Caranya memang mudah sangat, cuma perlu baling tegak sahaja. Tak perlu nak hook, tak perlu nak spin.

Pastikan pergelangan tangan dan lengan tu tegak bila baling. Boleh tengok pada board untuk pastikan tempat kita nak jatuhkan bola tu. Bila lepaskan bola, tak perlu kisah laju ke perlahan kerana kalau betul balingnya bola tu memang akan pergi tegak sahaja.

Lepas ni aku akan tunjukkan teknik untuk berlatih spare.

Khamis, 4 Mei 2017

MARKAH 100

Pro bowler pun ada hari yang hancur, inikan pula kita yang tahap amatur sahaja.


Rabu, 26 April 2017

SEMASA MENUNGGU GILIRAN BALINGAN BOWLING

Kalau dilihat dari kerusi yang disediakan di lorong bowling, untuk 2 lorong boleh ada 10 orang yang bermain pada masa yang sama. Nak menunggu giliran kita sampai kalau ada 10 pemain memang azab. Jadi apa yang kita boleh buat semasa menunggu giliran sampai, bersama ini disediakan cadangan untuk aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Makan dan minum. Sesetengah pusat bowling ada menyediakan makanan ringan yang boleh dibeli. Contoh – nugget, fish ball, french fries dan sebagainya. Ada juga yang menyediakan makanan separa berat seperti nasi goreng dan mee tapi ni tak berapa sesuai nak makan kalau tengah main bowling. Dengan minyaknya lagi, jadi elakkan dan kalau makan jugak, sediakan tisu sekali.
  • Berbual dengan kawan-kawan sambil menunggu giliran, Cuma janganlah sampai macam orang gila bila ketawa dan menjerit-jerit masa berbual tu. Jangan juga cuba nak berbual dengan orang yang nak baling bola bowling. Ini akan menggangu konsentrasi.
  • Selfie, wefie apa pun namanya, nak ambik gambar je pun. Ambik la sesuka hati tapi dinasihatkan agar jangan pakai flash. Nanti ada yang terkejut ingat kilat dan baling bola bowling bersepah.
  • Jenguk orang yang main bowling kat lane sebelah. Boleh je tengok orang sebelah main bowling macamana dan berapa skor dia tapi jangan la melampau sampai orang sebelah tu rasa terganggu.
  • Mengurat awek lane sebelah. Kadang-kadang kalau nasib baik adalah gadis-gadis yang baru pertama kali main bowling main kat lane sebelah. Inilah masanya nak tunjukkan kejantanan yang dah lama disimpan. Boleh mula dengan bagi nasihat sikit – jangan sampai pijak garis depan, 2 lubang jari masuk jari tengah dan jari manis je, jangan baling bola tinggi sangat nanti rosak papan. Mana tahu ada jodoh, boleh kata cinta berputik di pusat bowling.
  • Boleh juga bermain dengan telefon sendiri. Nak mesej ke, nak whatsapp ke, nak video call ke asalkan jangan terleka sampai terlepas giliran nak baling bola bowling.